- Iklan -
Antara barangan rumah yang kita selalu perlukan adalah tisu tandas. Sama ada di rumah atau di luar ketika di pusat membeli-belah atau restoran, itulah antara item yang sering kita cari sewaktu berada di tandas. Mungkin kita tidak pernah terfikir tentang perkara ini: cara anda menggantung tisu tandas anda di tempat gantung boleh menunjukkan beberapa perkara tentang sikap anda. Adakah anda ingin tahu apakah personaliti atau karakter yang boleh didedahkan dengan cara anda menggantung tisu tandas? Jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut. Mana tahu, selepas mengetahuinya, anda akan mula sedar dan mahu mengubah cara anda mengggunakannya!
Bagaimana cara tisu tandas harus digantung?
Kita semua mesti ada tisu tandas di rumah, kan? Tahukah anda apakah cara menggantung tisu tandas dengan betul? Ternyata syarikat pengeluar yang menciptanya telah terlupa untuk memberikan manual atau arahan terperinci mengenai perkara ini kepada semua penggunanya. Akibatnya, tiada siapa yang tahu cara yang betul untuk menggantung tisu tandas di tandas. Kita semua mempunyai cara yang berbeza untuk menggantungnya! Yang menariknya, tahukah anda bahawa cara anda memilih untuk menggantung tisu itu di rumah boleh menunjukkan banyak perkara mengenai karakter anda.
Perlukah tisu tandas digantung dan ditarik dari dalam atau luar?
- Iklan -
Adakah terdapat perbezaan jika kita menggantungnya dari sisi yang “salah”? Ada dua cara kita selalu menggantungnya. Sama ada gulungan tersebut menunjukkan arah dalam tisu, atau digantung dari arah luar. Jadi, cara kita menarik tisu itu pun akan berbeza. Anda mungkin tertanya-tanya mana satu agaknya cara yang lagi kemas dan mudah untuk digunakan. Ternyata, ia mungkin tidak memberikan banyak perbezaan dari segi penggunaannya, namun, menurut para saintis yang bijak pandai, ia boleh menerangkan beberapa perkara tentang personaliti atau watak peribadi kita.
- -