Saya Baru Tahu Yang Cara Saya Gantung Tisu Tandas Menunjukkan Karakter Saya

- Iklan -

Cara betul untuk menggantung tisu tandas

gantung tisu tandas
Sumber: Pexels.com

Kalau anda nak tahu, tisu tandas hendaklah digantung supaya gulungannya terbuka dari luar. Menurut Seth Wheller dari Albany (yang  telah mempatenkan tisu gulung ini pada tahun 1891), ini adalah satu-satunya cara yang betul untuk menggunakan barangan yang sangat berguna ini. Menurutnya, tiada kombinasi gantungan lain yang sepatutnya digunakan. Menurut pelbagai pendapat para saintis, cara menggunakan tisu ini, iaitu menggantungnya dari luar, sebenarnya adalah yang paling mudah dan kemas, walaupun ramai orang menyatakan yang ia tidak memberikan sebarang perbezaan ketara. Yang penting, ia boleh menerangkan watak kita!

Dominan atau bertolak ansur? Cara gantung tisu tandas terangkan karakter anda

- Iklan -

psikologi manusia
Sumber: Pexels.com

Beberapa tahun kebelakangan ini, sekumpulan saintis Amerika yang diketuai oleh Dr Gilda Carle telah menjalankan beberapa siri ujian. Apa yang mereka lakukan? Mereka mengkaji cara untuk mengaitkan cara seseorang menggantung tisu dengan sifat seseorang itu untuk menjadi dominan atau mudah bertolak ansur. Mereka mendapati, orang yang mempunyai watak dominan biasanya akan menggantung tisu tandas dari bahagian luar (sebelah “kanan”).

Sebaliknya, mereka yang menggantung dengan cara supaya gulungannya dibuka dari dalam lebih cenderung untuk bertolak ansur dengan orang lain. Sama ada ia betul atau tidak, terpulanglah kepada kita. Tetapi kita masih perlu ingat, ada banyak lagi perkara lain yang boleh menerangkan watak keperibadian kita daripada hanya sekadar cara kita menggantung tisu tandas kita!

- -

No posts to display