Berkawan dengan Luna
Apabila zoo menyelamatkan Luna dari tempat itu, ia sudah berada dalam keadaan trauma. Luna tidak membenarkan sesiapa selain Samuel mendekatinya. Dengan penuh kasih sayang dan kesabaran, Samuel dapat menghampiri Luna. Tapi sesuatu telah berlaku selepas itu…
Luna menjadi hamil ketika melalui program pembiakan untuk memulihara spesies harimau putih. Tempoh kehamilan untuk harimah putih adalah sukar, tetapi proses kelahirannya jauh lebih sukar. Samuel meletakkan tuala hangat di atas perut Luna yang tegang sambil menahan kesakitan.
Samuel memberikannya susu selama berjam-jam. Tetapi yang menyedihkan, Luna kehilangan nyawanya akibat komplikasi semasa bersalin. Samuel tidak dapat menahan rasa sedih dan menyekang air matanya, tetapi dia terpaksa mengeluarkan bayi harimau itu secepat mungkin!
Menjaga anak harimau
Luna dikejarkan ke tempat selamat dan dibedah oleh doktor haiwan zoo. Samuel berasa gelisah sambil mundar-mandir di koridor, menunggu berita tentang kelahiran anak harimau. Doktor haiwan itu akhirnya muncul dan menyerahkan kepada Samuel seekor anak harimau. Samuel tidak dapat mempercayainya.
Tetapi, siapa yang akan menjaga makhluk kecil ini? Ibunya sudah tiada di dunia ini. Seperti yang semua orang jangkakan, Samuel menawarkan diri untuk menjaga anak harimau itu. Dulu dia menjaga si ibu, sekarang dia menjaga si anak pula.
Tidak jinak
Malangnya, perkara tidak berjalan seperti yang dirancang. Seekor anak harimau jantan tanpa belaian si ibu harimau sudah tentu akan berasa sukar untuk membiasakan diri dengan persekitaran baharunya. Ia mudah marah dan akan merengus kepada sesiapa sahaja yang cuba menyentuhnya.
Tetapi Samuel tidak takut. Dia melayannya dengan penuh kasih sayang dan sifat sabar, sama seperti yang dia lakukan kepada si ibunya. Anak harimau itu secara beransur-ansur mulai bersikap terbuka kepadanya.
Terpaksa berpindah
Tahun demi tahun berlalu dan anak harimau jantan bernama Blanca itu membesar dengan baik sekali. Namun, berbanding harimau jantan yang lain, ia bertubuh lebih kecil dan jarang bergaul dengan haiwan lain spesiesnya. Samuel adalah satu-satunya orang yang dipercayai oleh Branca.
Kemudian, Samuel mendapat satu berita baharu. Isteri Samuel telah mendapat pekerjaan penting di luar negara, dan dia dengan berat hati terpaksa berpindah bersamanya. Samuel menganggap Blanca sebagai anaknya sendiri dan ia amat menyakitkan untuk meninggalkannya.
Apabila tiba hari untuk mengucapkan selamat tinggal, Samuel menangis sepanjang masa. Air mata mengalir di pipi Samuel ketika dia memberikan pelukan terakhir kepada sahabatnya itu. Lima tahun berlalu, Samuel melakukan segala-galanya untuk menyokong isterinya. Tetapi selama itu, dia tidak berasa benar-benar gembira. Isterinya juga tahu.
Kembali ke kampung halaman
Jadi, isterinya mengambil keputusan untuk berkorban dan berhenti kerja di luar negara. Pasangan itu pun pulang semula ke kampung halaman mereka. Samuel berasa sangat gembira dapat kembali. Dia tidak sabar untuk bertemu dengan haiwan kesayangannya, terutamanya Blanca.
Tetapi, apabila Samuel kembali ke kandang harimau itu buat kali pertama dalam lima tahun, dia terkejut. Harimau lain mulai menghampirinya dengan rasa ingin tahu sama ada Samuel ada membawa makanan bersamanya. Tetapi, Blanca tidak kelihatan. Dengan kecewa, Samuel bersandar pada kaca kandang.
Bertemu Blanca semula
Sambil mengeluh besar, Samuel termenung. Kemudian sesuatu berlaku. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi rempuhan yang kuat di belakang Samuel. Ada sesuatu yang melanggar kaca kandang itu. Rupa-rupanya, Blanca telah menyelinap di belakangnya dengan senyap untuk menakutkan Samuel dan melompat ke arah tingkap.
Ia adalah permainan yang biasa dimainkan oleh Blanca semasa dia masih anak harimau. Samuel melompat terkejut dan menoleh. Tetapi selepas dia melihat harimau kesayangannya itu, dia tahu semuanya baik-baik saja. Mereka akan bersama dan tidak akan berpisah lagi.