Harimau Bertemu Semula dengan Penjaga Zoo Selepas 5 Tahun. Lihat Reaksi Harimau Itu!

    Melawat zoo sememangnya menyeronokkan. Lelaki ini mempunyai satu pengalaman yang indah. Anda pasti akan tersentuh hati mendengar kisahnya! Ia berlaku ketika lelaki itu sedang bersandar pada kandang harimau…

    Samuel, 49, sedang bersandar pada kaca kandang harimau ketika ia berlaku. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya tiba masanya untuk bertemu semula dengan kawan baiknya iaitu si harimau.

    Samuel, si pencinta haiwan

    penjaga zoo
    Sumber: Facts2read.com

    Lima tahun kemudian, Samuel tidak pasti sama ada haiwan itu masih mengingatinya selepas sekian lama tidak bertemu. Tetapi ia berlaku! Ketika Samuel hampir berputus asa dan mahu pulang, harimau itu mulai bertindak dan mengejutkan seluruh zoo…

    Samuel sangat menyayangi haiwan sejak kecil lagi. Dia dibesarkan di kampung, dan tanpa kerelaan ibunya, dia sering membawa pulang haiwan yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Jadi, apabila Samuel memberitahu apa cita-citanya apabila besar nanti, tiada siapa yang terkejut. Dia mahu menjadi penjaga haiwan.

    Tetapi Samuel tidak pernah mengimpikan peristiwa istimewa yang berlaku di zoo pada hari itu. Samuel sangat gembira selepas dia diupah sebagai penjaga zoo di sebuah tempat yang berhampiran dengan kampung halamannya.

    Penjaga zoo

    zoo
    Sumber: Facts2read.com

    Kini, dia berpeluang melakukan perkara yang menggembirakannya setiap hari. Apatah lagi, dia boleh memperoleh pendapatan yang lumayan daripadanya! Ia adalah kemenangan berganda untuk Samuel. Dan terdapat seekor haiwan istimewa di sana; seekor harimau betina putih yang besar…

    Luna, satu-satunya harimau putih di zoo, amat manja dan jinak dengan Samuel. Samuel juga menyayanginya. Mereka berdua terikat dengan satu ikatan istimewa yang tidak dapat difahami oleh orang lain. Luna selalunya tidak rapat dengan manusia. Semasa ia kecil, ia dilayan dengan teruk sebagai haiwan tarikan di sebuah resort percutian.

    Berkawan dengan Luna

    harimau putih
    Sumber: Facts2read.com

    Apabila zoo menyelamatkan Luna dari tempat itu, ia sudah berada dalam keadaan trauma. Luna tidak membenarkan sesiapa selain Samuel mendekatinya. Dengan penuh kasih sayang dan kesabaran, Samuel dapat menghampiri Luna. Tapi sesuatu telah berlaku selepas itu…

    Luna menjadi hamil ketika melalui program pembiakan untuk memulihara spesies harimau putih. Tempoh kehamilan untuk harimah putih adalah sukar, tetapi proses kelahirannya jauh lebih sukar. Samuel meletakkan tuala hangat di atas perut Luna yang tegang sambil menahan kesakitan.

    Samuel memberikannya susu selama berjam-jam. Tetapi yang menyedihkan, Luna kehilangan nyawanya akibat komplikasi semasa bersalin. Samuel tidak dapat menahan rasa sedih dan menyekang air matanya, tetapi dia terpaksa mengeluarkan bayi harimau itu secepat mungkin!

    Menjaga anak harimau

    anak harimau
    Sumber: Facts2read.com

    Luna dikejarkan ke tempat selamat dan dibedah oleh doktor haiwan zoo. Samuel berasa gelisah sambil mundar-mandir di koridor, menunggu berita tentang kelahiran anak harimau. Doktor haiwan itu akhirnya muncul dan menyerahkan kepada Samuel seekor anak harimau. Samuel tidak dapat mempercayainya.

    Tetapi, siapa yang akan menjaga makhluk kecil ini? Ibunya sudah tiada di dunia ini. Seperti yang semua orang jangkakan, Samuel menawarkan diri untuk menjaga anak harimau itu. Dulu dia menjaga si ibu, sekarang dia menjaga si anak pula.

    Tidak jinak

    anak harimau putih
    Sumber: Facts2read.com

    Malangnya, perkara tidak berjalan seperti yang dirancang. Seekor anak harimau jantan tanpa belaian si ibu harimau sudah tentu akan berasa sukar untuk membiasakan diri dengan persekitaran baharunya. Ia mudah marah dan akan merengus kepada sesiapa sahaja yang cuba menyentuhnya.

    Tetapi Samuel tidak takut. Dia melayannya dengan penuh kasih sayang dan sifat sabar, sama seperti yang dia lakukan kepada si ibunya. Anak harimau itu secara beransur-ansur mulai bersikap terbuka kepadanya.

    Terpaksa berpindah

    samuel
    Sumber: Facts2read.com

    Tahun demi tahun berlalu dan anak harimau jantan bernama Blanca itu membesar dengan baik sekali. Namun, berbanding harimau jantan yang lain, ia bertubuh lebih kecil dan jarang bergaul dengan haiwan lain spesiesnya. Samuel adalah satu-satunya orang yang dipercayai oleh Branca.

    Kemudian, Samuel mendapat satu berita baharu. Isteri Samuel telah mendapat pekerjaan penting di luar negara, dan dia dengan berat hati terpaksa berpindah bersamanya. Samuel menganggap Blanca sebagai anaknya sendiri dan ia amat menyakitkan untuk meninggalkannya.

    Apabila tiba hari untuk mengucapkan selamat tinggal, Samuel menangis sepanjang masa. Air mata mengalir di pipi Samuel ketika dia memberikan pelukan terakhir kepada sahabatnya itu. Lima tahun berlalu, Samuel melakukan segala-galanya untuk menyokong isterinya. Tetapi selama itu, dia tidak berasa benar-benar gembira. Isterinya juga tahu.

    Kembali ke kampung halaman

    penjaga zoo
    Sumber: Facts2read.com

    Jadi, isterinya mengambil keputusan untuk berkorban dan berhenti kerja di luar negara. Pasangan itu pun pulang semula ke kampung halaman mereka. Samuel berasa sangat gembira dapat kembali. Dia tidak sabar untuk bertemu dengan haiwan kesayangannya, terutamanya Blanca.

    Tetapi, apabila Samuel kembali ke kandang harimau itu buat kali pertama dalam lima tahun, dia terkejut. Harimau lain mulai menghampirinya dengan rasa ingin tahu sama ada Samuel ada membawa makanan bersamanya. Tetapi, Blanca tidak kelihatan. Dengan kecewa, Samuel bersandar pada kaca kandang.

    Bertemu Blanca semula

    zoo
    Sumber: Facts2read.com

    Sambil mengeluh besar, Samuel termenung. Kemudian sesuatu berlaku. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi rempuhan yang kuat di belakang Samuel. Ada sesuatu yang melanggar kaca kandang itu. Rupa-rupanya, Blanca telah menyelinap di belakangnya dengan senyap untuk menakutkan Samuel dan melompat ke arah tingkap.

    Ia adalah permainan yang biasa dimainkan oleh Blanca semasa dia masih anak harimau. Samuel melompat terkejut dan menoleh. Tetapi selepas dia melihat harimau kesayangannya itu, dia tahu semuanya baik-baik saja. Mereka akan bersama dan tidak akan berpisah lagi.

TigerUnite | Tiger reunites with the zookeeper after 5 years. See the tiger’s reaction! | ALL

Visiting the zoo is fun. This man has an amazing experience. He will never forget that!

This happened when the man was heading back and leaning on the tiger’s cage …

Guy and tiger
facts2read.com

When this happened, Samuel, 49, was leaning on the glass surrounding the tigers. After a long wait, it’s finally time to meet his best tiger friend. Five years later, Samuel was not sure whether the big cat will still remember him after all this time. Not to mention whether it is still interesting.

But what happened? When Samuel almost gave up and was about to go home, the tiger took some steps to surprise the zoo keeper…

white tiger
facts2read.com

Samuel loved animals since childhood. He grew up in an environment full of nature and returned home every night after seeing the jungle animals he had always loved, despite his mother’s disappointment. So no one was surprised when Samuel declared what he wanted to be. He wanted to be an animal Caretaker.