Sekiranya Kucing Menggigit Anda, Ini Maksudnya

- Iklan -

Membela kucing boleh menjadi satu pengalaman yang sangat menggembirakan. Kucing adalah teman setia yang akan menunggu anda di rumah. Selain itu, memiliki kucing juga mempunyai manfaat kesihatan seperti mengurangkan stres dan rasa kebimbangan. Terdapat beberapa fakta yang kita tidak tahu tentang kucing dan tingkah laku mereka; Tetapi, terima kasih kepada para saintis, kita dapat mempelajari lebih lanjut mengenai fakta-fakta ini.

Ia menyerang anda dengan kepalanya

perangai kucing
Sumber: Dailybreak.co

Kucing sering menggosok kepalanya ke muka, kaki atau dahi pemiliknya. Jika mereka berbuat demikian, mereka bukannya mahu bergaduh. Pakar mengatakan bahawa kucing melakukan perkara tersebut untuk menyapa orang yang mereka gemari.

Itu bermaksud, kucing mempercayai anda dan berasa selamat berada hampir dengan anda. Apabila kucing menggosok kepalanya kepada sesuatu, ia memindahkan feromon kepada individu atau objek itu untuk menandakannya sebagai kawasan kepercayaannya. Jadi, berbanggalah apabila kucing sering menunjukkan tingkah laku ini.

Berkomunikasi dengan mata

- Iklan -

kucing
Sumber: Dailybreak.co

Anda mungkin perasan yang kucing anda mempunyai tabiat menarik perhatian anda dengan menggerakkan mata mereka dengan cara yang berbeza. Nampaknya mata berkedip ini adalah cara komunikasi yang halus untuk kucing.

Jika kucing memandang anda, ia biasanya bermakna yang ia cuba menarik perhatian anda. Tetapi jika pandangannya tajam, ia boleh menjadi tanda untuk bertarung dan lebih bagus sekiranya anda tidak memandang tepat ke matanya. Sebaliknya, apabila kucing melihat anda dan berkedip perlahan-lahan, mereka hanya mahu menunjukkan kasih sayang.

- -

No posts to display