Lelaki Ini Berbasikal Merentasi 8 Negara dari India ke Sweden untuk Bertemu Kekasihnya

    dr pradyumna
    Sumber: Updateodisha.com

    BHUBANESWAR: Seorang lelaki miskin ini telah bertemu seorang gadis kaya di New Delhi. Mereka kemudiannya jatuh cinta. Gadis itu tidak lama kemudian pulang ke negaranya. Lelaki itu berjanji untuk melawatnya. Tetapi seperti semua kisah cinta, terdapat pula kelainan nasib dalam kisah ini. Walaupun miskin, dia tidak mahu menjadikannya alasan untuk melawat kekasihnya yang tercinta.

    Dalam kerinduan cinta, gadis itu telah menghantar tiket penerbangan kepadanya. Dengan rasa bangga diri, lelaki itu memulangkan semula tiket itu dengan mengatakan bahawa cintanya tidak memerlukan tiket penerbangan untuk melawatnya.

    Dia memutuskan untuk memenuhi janjinya dan menjual semua hartanya. Namun, dia hanya memperolehi $80 daripada usahanya itu. Dia menggunakan wang tersebut untuk membeli sebuah basikal dengan harga Rs 60 dan memulakan perjalanan terpanjang dalam hidupnya dengan merentasi lapan negara untuk bertemu cinta hatinya!

    Dia telah mengembara dari New Delhi ke Sweden melalui jalan raya! Dia memasuki Sweden selepas perjalanan berliku-liku yang mengambil masa empat bulan dan tiga minggu. Ini adalah kisah cinta antara PK Mahanandia dan Charlotte. Ironinya, itu adalah laluan yang digunakan oleh Alexander the Great semasa melakukan pencerobohan dan rampasan Bharat (India).

    Umpama kisah Bollywood

    cinta pk charlotte
    Sumber: Updateodisha.com

    Laluan yang sama digunakan dalam usaha mencari kekasihnya, namun kini tanpa pedang atau senjata maut, tetapi hanya menggunakan kanvas dan berus lukisannya. Dia juga tidak menunggang kuda, sebaliknya menunggang basikal terpakainya.

    Jika anda fikir ini adalah kisah Bollywood, ia bukan, walaupun ia agak layak untuk menjadi satu kisah Hindustan yang romantis. Ini adalah kisah benar di mana Dr. Pradyumna Kumar Mahanandia (lebih dikenali sebagai P) dari Odisha, sebuah negeri India adalah hero dalam kisah ini dan Charlotte Von Schedvin dari Sweden adalah heroinnya.

    Cerita ini mempunyai semua elemen blockbuster Bollywood – emosi, drama, tragedi dan banyak kisah cinta.

    Ini juga adalah kisah percintaan epik yang telah memberi inspirasi kepada Bollywood dan Hollywood.

    Dilahirkan pada tahun 1949 dalam keluarga penenun miskin di Athamalik di daerah Dhenkanal, Odisha, PK adalah seorang artis berbakat. Disebabkan kegagalan dalam peperiksaan, dia juga pernah cuba membunuh diri pada zaman kanak-kanaknya. Malah, dia juga pernah menghadapi diskriminasi di sekolahnya kerana berasal dari keluarga yang miskin.

    Jatuh cinta kerana satu lukisan potret

    kisah cinta sweden india
    Sumber: Updateodisha.com

    Minatnya dalam melukis telah membuatkannya menyertai Kolej Seni di New Delhi pada tahun 1971, di mana dia meraih kemasyhuran kerana berjaya membuat potret yang terkenal.

    Antara berjuta-juta peminat yang meminati PK adalah Charlotte, berusia 19 tahun, seorang pemuzik dan pelajar di London. Semasa PK membuat potret Charlotte, dia umpama terpukau dengan kecantikannya dan dia, tanpa sedar, telah jatuh cinta.

    Kata-kata nujum yang ditemuinya semasa kecil tiba-tiba terlintas di fikirannya. Ahli nujum itu telah meramalkan yang dia akan berkahwin dengan seorang gadis Taurean dari tanah yang sangat jauh.

    Hari kedua, selepas dia selesai melukis potretnya, PK bertanya pada Charlotte satu soalan: “Adakah anda seorang Taurean?”

    Kemudian gadis itu menjawab dengan senyuman, “Ya!”

    Tanpa teragak-agak walau sesaat, dia kemudian mengisytiharkan dengan kuat, “Kalau begitu, kamu akan menjadi isteriku.”

    Memulakan kehidupan suami isteri

    pasangan kekasih
    Sumber: Updateodisha.com

    Kini, pengembara itu telah menemui jodohnya dan dengan itu, mereka memulakan kehidupan cinta mereka!

    Charlotte menggunakan nama India ‘Charulata’ dan mereka berdua berkahwin mengikut ritual tradisional dan kehidupan perkahwinan mereka bermula di rumah satu bilik di Lodhi Colony Barsati di New Delhi.

    Tetapi, keadaan telah memaksa mereka berjauhan. Charlotte terpaksa kembali ke rumahnya di Sweden. Dia meminta suaminya untuk mengikutinya. Namun, PK masih bergelar pelajar pada waktu itu dan ingin menamatkan pengajiannya.

    Apabila perpisahan mereka ternyata menjadi sukar, Charlotte telah menghantar tiket penerbangan kepada Mahanandia. Namun, lelaki itu enggan menerimanya dengan mengatakan yang dia akan datang menemuinya sendiri.

    Dan, dengan itu, bermulalah perjalanan basikal hero yang terdesak untuk bertemu kekasihnya, yang sedang menunggu jauh di negara asing.

    Merentasi beberapa negara

    berbasikal demi cinta
    Sumber: Updateodisha.com

    Selepas menjual semua barangnya, PK juga telah membeli sebuah basikal terpakai. Dia mengemas begnya bersama harta bendanya yang paling penting iaitu kotak cat dan berusnya.

    Dia memulakan pengembaran ke negara Barat dengan harapan untuk bersatu semula dengan cinta hatinya. Ini berlaku pada Mac 1977.

    Secara perlahan-lahan dan dengan susah payah, dia berbasikal melalui India, melepasi Amritsar dari New Delhi dan tiba di Afghanistan. Dari situ, pengembaraannya diteruskan melalui Iran, Turki, Bulgaria, Yugoslavia, Jerman dan Austria sehingga tiba di sempadan Denmark.

    Basikalnya rosak berkali-kali dalam perjalanan, malah dia terpaksa terus mengayuh tanpa makanan selama berhari-hari. Tetapi, semua ujian itu tidak memudarkan keinginannya untuk bertemu dengan kekasihnya.

    Selepas 4 bulan dan 3 minggu perjalanan yang cukup mencabar, dia akhirnya sampai ke Gothenburg, Sweden.

    Apabila sampai, dia disoal siasat oleh pegawai imigresen Sweden yang kagum melihat seorang lelaki yang datang dari India menunggang basikal. Tetapi, pihak berkuasa langsung tidak mahu mempercayai kata-kata PK walaupun dia menunjukkan gambar perkahwinannya dengan Charlotte.

    Mana mungkin Charlotte yang tergolong dalam keluarga bangsawan Sweden akan berkahwin dengan seorang India yang miskin!

    Dua kekasih bertemu semula

    keluarga dr pk charlotte
    Sumber: Updateodisha.com

    PK terpaksa menelefon isterinya. Sehingga saat itu, Mahanandia tidak mempunyai pengetahuan tentang keluarga Charlotte. Ini benar-benar sukar dipercayai untuk PK. Segala macam rasa ketakutan menyelubunginya.

    Pendedahan secara tiba-tiba itu membuatkan PK berasa ragu-ragu sama ada isterinya itu akan menerimanya atau tidak. Tetapi, ketakutannya tidak berasas.

    Apabila Charlotte mengetahui tentang lelaki dari India yang berbasikal sepanjang jalan, dia segera pergi ke tempat itu dan menyambut suaminya dengan rasa kegembiraan yang teramat sangat. Ibu bapanya juga menerima Pradyumna sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.

    Kemudian, mereka berkahwin pada tahun 1979 mengikut upacara adat Sweden.

    Meneruskan minat dalam bidang seni lukisan

    dr pk dan charlotte sweden
    Sumber: Updateodisha.com

    Selepas 40 tahun berkahwin, Dr. PK Mahanandia berkhidmat sebagai Duta Budaya Odiya India di Sweden dan tinggal bersama isterinya Charlotte dan 2 anak mereka di Sweden.

    Minat Pradyumna dalam seni dan budaya telah membawanya ke kebanyakan negara di dunia. Lukisan beliau telah dipamerkan di bandar-bandar utama dunia dan telah mendapat tempat dalam kad ucapan berprestij UNICEF.

    Pada 4 Januari 2012, beliau telah dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat (Ijazah Honoris Causa) dari Universiti Kebudayaan Utkal (UUC) di Bhubaneshwar, Odisha. Beliau juga telah menerima banyak anugerah termasuk Anugerah Rajiv Gandhi Sadbhavana, anugerah kebudayaan yang diberikan oleh pertubuhan Antarabangsa SOS.

    Pembuat filem terkenal Bollywood, Sanjay Leela Bhansali dan syarikat produksi terkenal Warner Bros dari Hollywood juga sedang merancang untuk membuat filem mengenai kisah cinta antara Odisha Pradyumna Kumar (PK) Mahanandia dan Puteri Sweden Charlotte!

No posts to display