20 tanda yang membuktikan dia lelaki jodoh anda

    Dia membuat rancangan bersama dengan anda

    Antara salah satu petanda bahawa seorang lelaki itu adalah jodoh anda ialah apabila si dia mengutamakan pendapat dan kegemaran anda. Dia tidak akan membuat sesuatu tanpa berbincang dengan anda terlebih dahulu. Dia sentiasa mahu melakukan sesuatu dengan anda dan mahu anda gembira ketika melakukannya bersama-sama dengan anda.

    pasangan
    Sumber: Pexels.com

    Jadi, jika anda mendapati bahawa lelaki itu sering merancang aktiviti percutian bersama dengan anda, malah melakukannya 6 bulan lebih awal, jangan lepaskan lelaki itu. Si dia itu sememangnya sangat istimewa. Itu memang tanda jodoh anda!

    Dia sering meminta pendapat anda

    hiking
    Sumber: Pexels.com

    Anda mungkin sudah lama berkawan dengannya. Namun, sehingga hari ini, anda masih tertanya-tanya sama ada lelaki itu adalah jodoh anda. Salah satu petunjuk yang boleh anda perhatikan ketika menentukan sama ada seseorang itu adalah jodoh anda atau tidak, lihat sama ada dia menghormati pendapat anda.

    Sebelum melakukan sesuatu, perhatikan sama ada dia sudi bertanya pandangan anda dan  yang lebih penting, sama ada dia juga ada mempertimbangkannya! Bertanyakan pendapat dan kemudiannya mengabaikan pendapat anda bukanlah sesuatu yang sihat dalam sesuatu perhubungan.

    Dia jujur ​​dan telus dengan anda

    lelaki dan wanita
    Sumber: Pexels.com

    Sudah jelas: dia bersikap jujur dengan anda dan mahu perhubungan kekal antara anda berdua. Itu juga menjadi salah satu petanda jodoh antara anda berdua. Mahukah anda kekal dalam perhubungan yang tidak jujur dan penuh dengan penipuan? Sudah tentu tidak! Ia tidak akan membuatkan anda bahagia langsung.

    Jadi, jika boleh, pastikan anda menjalinkan perhubungan dengan seseorang yang sentiasa bersikap telus dengan anda. Tiada pembohongan atau tipu daya. Semuanya harus jelas supaya anda akan sentiasa rasa disayangi dan dihormati, dan bukannya diperlakukan seperti seorang budak-budak yang naif!

    Dia mendengar masalah anda

    matahari terbenam
    Sumber: Pexels.com

    Adakah anda mengalami hari yang sukar? Tiada masalah, dia sentiasa ada untuk mendengar curahan hati anda. Itulah ciri-ciri seorang pasangan yang sesuai untuk anda. Seseorang yang sentiasa ada untuk mendengar curhat atau curahan hati anda adalah seseorang yang sangat istimewa dan tidak boleh dilepaskan.

    Dalam sesuatu perhubungan antara lelaki dan wanita, anda juga bukan pasangan kekasih, malah juga pasangan sahabat seumur hayat. Jadi, sudah tentu anda mahukan seorang rakan yang sentiasa ada di sisi anda, bersedia untuk mendengar luahan hati anda.

    Kebahagiaan anda penting baginya

    bahagia
    Sumber: Pexels.com

    Apabila seseorang lelaki atau wanita itu mencintai anda sepenuh jiwanya, dia akan sentiasa mengutamakan kebahagiaan anda. Sudah tentu dia tidak sanggup untuk melakukan sesuatu yang akan membuatkan anda terguris hati dan sedih. Jika anda melihat ciri-ciri ini dalam pasangan anda sekarang, maka bersyukurlah.

    Itu sememangnya menjadi salah satu petanda jodoh ketika mencari seorang suami atau isteri. Carilah pasangan yang sentiasa bersedia untuk melakukan apa sahaja demi membuatkan anda bahagia dan bukannya mahu membuat anda sengsara.

    Dia mahu berkongsi minat dengan anda

    minat
    Sumber: Pexels.com

    Ok, anda tidak suka bermain badminton, tetapi dia tetap mahu mengajak anda bermain badminton dengannya dan itu satu petanda yang bagus! Kenapa? Ia kerana si dia mahu berkongsi minatnya dengan anda. Dia tidak mahu melakukan sesuatu aktiviti itu bersendirian. Dia mahu anda ada bersama dengannya.

    Sama jugalah buat anda. Sekiranya anda sedang berkenalan dengan seseorang dan mahu mencari calon suami atau calon isteri, pastikan anda berkongsi minat anda dengannya. Melalui cara ini, anda boleh mencari keserasian bersama dengan pasangan anda.

    Di matanya, anda wanita paling cantik di dunia walaupun ketika anda selesema

    wanita
    Sumber: Pexels.com

    Hidung anda yang berair dan mata anda merah tidak menggelikannya? Jangan lepaskan wanita atau lelaki itu! Dia sanggup untuk menerima anda seadanya dan di matanya, tiada yang lebih cantik dan sempurna buatnya melainkan diri anda. Bukan mudah untuk mencari pasangan yang sanggup menerima kita dalam keadaan yang sukar.

    Pertimbangkan petunjuk jodoh ini ketika anda cuba mengetahui sama ada seseorang itu adalah pasangan suami atau isteri yang sesuatu untuk anda atau tidak. Sudah pasti anda tidak mahu bersama dengan seseorang yang hanya mahu kekal bersama dengan anda ketika anda sihat dan cantik sahaja, bukan?

    Dia tidak lagi memikirkan bekas teman wanitanya

    mengembara
    Sumber: Pexels.com

    Bekas teman wanitanya? Dia tidak pernah mengingatinya lagi! Tiada guna meneruskan perhubungan dengan seseorang yang asyik bercerita tentang masa silamnya, apatah lagi terus bercerita tentang bekas kekasihnya yang dahulu. Itu bukanlah ciri-ciri perhubungan yang sihat, malah ia adalah satu perhubungan toksik yang perlu anda jauhi!

    Ketika mencari jodoh untuk perkahwinan, pastikan anda memilih lelaki yang tidak mahu mengenang pasangan lamanya. Si dia itu harus mengutamakan anda dan perasaan anda. Dia mestilah bukannya seseorang yang sering membandingkan anda dengan bekas kekasihnya – ia hanya akan membuatkan anda serabut sahaja!

    Dia menjaga anda ketika anda sakit

    tanda jodoh
    Sumber: Pexels.com

    Awww, sweet, bukan? Dia mahu melindungi dan memastikan anda sihat sentiasa! Apabila si dia sanggup memasakkan bubur dan menghantarnya kepada ketika anda demam, itu adalah petanda bahawa dia amat menyayangi anda. Dia tidak sanggup untuk melihat anda bersendirian ketika jatuh sakit.

    Malah, jika si dia itu juga sanggup membawa anda ke klinik atau hospital kemudian membayarkan kos rawatan untuk anda, pastikan anda tidak ragu-ragu lagi dan melepaskannya. Si dia itu boleh jadi jodoh anda yang telah ditetapkan di Luh Mahfuz sejak dahulu lagi!

    Dia sering bercerita tentang anda ketika anda tiada

    pasangan lelaki dan wanita
    Sumber: Pexels.com

    Itu satu petanda: dia sudah jatuh cinta dengan anda! Jika rakan anda menceritakan kepada anda bahawa lelaki atau wanita itu sering bercerita tentang anda, walaupun ketika ketiadaan anda, itu menjadi petunjuk jodoh yang kuat! Mungkin si dia itu sudah jatuh angau dengan anda.

    Seseorang yang amat menyayangi anda tidak akan dengan mudah melupakan anda dan pastikan anda sentiasa berfikir tentang anda. Malah, mungkin dia juga tidak sedar yang dia sedang bercerita tentang anda dengan sesiapa sahaja yang dia jumpa. Itulah antara ciri-ciri pasangan yang boleh anda cari untuk sesuatu perkahwinan.

    Dia bersedia untuk komited

    komitmen
    Sumber: Pexels.com

    Komitmen bukanlah sesuatu yang mudah. Tidak semua orang sanggup terikat dalam satu perhubungan berkekalan yang dipanggil sebagai perkahwinan. Namun, selepas berkenalan dan berpasangan dengan seseorang, sekiranya anda perasan yang dia sering bercakap tentang mendirikan rumah tangga, ketahuilah bahawa itu petanda jodoh anda!

    Perkahwinan tidak lagi menakutkannya! Malah, dia ingin mengikat tali pernikahan dengan anda dan hidup bersama-sama dengan anda buat selamanya. Jika anda menyayangi dan terbuka hati untuk menerimanya, tidak alasan lain lagi untuk menangguhkannya, teruslah berkahwin dan menikmati dunia rumah tangga yang indah.

    Dia benar-benar ingin mengenali anda

    perkahwinan
    Sumber: Pexels.com

    Apabila anda bercerita tentang zaman kanak-kanak anda, dia benar-benar mendengar cerita anda. Apabila anda bercakap tentang keluarga anda, dia menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang sedang anda perkatakan. Jika itulah yang berlaku, ketahuilah bahawa si dia itu amat menyayangi anda.

    Dia mahu mengenali anda dengan lebih rapat lagi. Dia ingin tahu segalanya tentang anda dan juga keluarga anda. Bukan semua orang sudi untuk mendengar cerita anda. Malah, ada juga insan yang hanya tahu bercakap tentang dirinya sendiri sahaja. Makanya, jika anda perasan ciri ini dalam dirinya, mungkin itu adalah petanda jodoh buat anda.

    Dia tidak menghilangkan diri secara tiba-tiba

    teman wanita
    Sumber: Pexels.com

    Dia sentiasa berkongsi dengan anda tentang keberadaannya dengan kerap dan anda tahu dia tidak akan hilang dalam sekelip mata. Itulah antara petunjuk utama yang si dia untuk diciptakan untuk anda. Seseorang yang menyayangi anda sepenuh hatinya tidak akan pernah sanggup meninggalkan anda secara tiba-tiba.

    Jangan teruskan perhubungan di mana seorang lelaki itu asyik menghilangkan diri secara tiba-tiba, terutamanya ketika menghadapi masalah bersama dengan anda. Itu tidak akan menyelesaikan sebarang masalah, malah hanya akan merumitkan lagi keadaan. Perhatikan ciri-ciri ini kerana ia boleh menjadi satu petanda amaran yang baik.

    Dia sering membuatkan anda ketawa

    romantis
    Sumber: Pexels.com

    Dia tahu bagaimana untuk membuat anda ketawa dan itu adalah bukti bahawa dia mengenali anda dengan baik. Lelaki yang sentiasa membuatkan anda tersenyum dan ketawa adalah seorang lelaki yang hebat. Ia akan menjadikan perhubungan antara anda berdua lebih manis dan bahagia.

    Namun, bukanlah itu bermakna yang seseorang yang serius itu membosankan. Jika dia tidak banyak bercakap namun masih menyenangkan hati anda, itu sudah cukup untuk menjadi petanda yang bagus dalam ciri-ciri pasangan yang sesuai buat anda. Tetapi, sudah pasti lelaki atau wanita yang kelakar itu akan menjadikan perhubungan anda lebih seronok, bukan?

    Dia sentiasa memberi perhatian kepada perubahan anda

    mengembara
    Sumber: Pexels.com

    Potongan rambut baru, pakaian baru: semuanya dia perasan tentang perubahan anda! Adakah dia ingat warna baju yang akan pakai ketika bertemu buat kali pertama dengannya? Adakah dia memuji beg yang baru sahaja anda beli dan gunakan itu? Jika ya, ketahuilah bahawa dia adalah seseorang yang menyukai anda.

    Apabila kita menyayangi seseorang dengan ikhlas, kita akan perasan dengan satu perubahan kecil pada dirinya. Ia menjadi antara petunjuk yang bagus untuk anda pertimbangkan ketika anda cuba untuk mengetahui sama ada seseorang itu jodoh yang bagus buat anda.

    Apabila anda bersamanya, semuanya berjalan lancar

    teman lelaki
    Sumber: Pexels.com

    Anda berasa seronok meluangkan masa dengannya dan masa berlalu dengan sangat cepat. Anda tidak perasan yang hari berganti hari dan anda sudah pun bersama dengannya selama setahun. Jika perkara ini terjadi kepada anda, ketahuilah bahawa itu adalah petanda johoh yang bagus buat anda.

    Perhubungan yang sihat adalah perhubungan yang tidak sentiasa dilanda masalah. Ya, pergaduhan masih akan berlaku namun ia tidak sepatutnya terjadi dengan sangat kerap atau berlarutan dengan sangat lama. Jika hal permasalahan ini sering berlaku dalam perhubungan anda bersama dengannya, jadikan ia satu petanda amaran yang kuat!

    Dia bercakap tentang anda dan masa hadapan

    masa hadapan
    Sumber: Pexels.com

    Dia dapat melihat diri anda berdua di masa hadapan! Dia bukannya seseorang yang hanya mahu berseronok dengan anda dalam satu jangka masa yang lama tanpa sebarang perancangan yang kukuh di masa depan. Sekiranya anda menjalinkan perhubungan dengan seseorang selama 5 tahun dan dia tidak pernah sekali pun bercakap tentang perkahwinan, maka berhati-hatilah.

    Si dia itu mungkin tidak menyayangi anda pun sebenarnya dan dia mungkin cuma mahu seseorang untuk mendampinginya sahaja. Tiada gunanya meneruskan perhubungan dengan lelaki atau wanita yang tidak mahu mendirikan rumah tangga dengan anda!

    Dia mahu memberikan tanggapan yang baik di hadapan orang yang anda sayangi

    percutian
    Sumber: Pexels.com

    Dia sentiasa berusaha untuk menggembirakan dan mengambil hati orang yang anda sayangi. Itu adalah antara petandan yang pasangan anda adalah calon suami atau calon isteri yang sesuai untuk anda. Dia mengenali ibu bapa anda dan sering bertanya khabarnya.

    Si dia itu tidak harus enggan bertemu dengan keluarga anda atau cuba mengenali rakan-rakan rapat anda. Dia ingin mengenali insan penting dalam hidup anda dan sentiasa berusaha memberikan tanggapan yang bagus kepada mereka. Perhatikan sifat ini dan jika ia ada padanya, jangan biarkan si dia itu berlalu pergi.

    Dia meminta maaf jika dia lewat

    teman wanita
    Sumber: Pexels.com

    Hal ini mungkin nampak remeh, tapi kalau dia berbuat sedemikian, itu tandanya yang dia menghormati anda! Permohonan maaf atas perkara yang kecil bukanlah satu tanda kelemahan, malah ia adalah tanda kekuatan jati diri dan moral seseorang itu. Bukan mudah untuk mencari ciri ini.

    Jika anda mendapati pasangan anda tidak berat mulut untuk memohon maaf sekiranya berlaku kesilapan pada pihaknya, si dia itu sememangnya istimewa. Teruskan perhubungan anda dengan hati yang senang kerana itu menjadi tanda yang dia menyayangi dan menghormati diri anda.

    Dia tidak berasa tergugat dengan kejayaan anda

    suami isteri
    Sumber: Pexels.com

    Adakah tangga karier anda lebih tinggi daripadanya? Dia tidak berasa sakit hati langsung dan tidak melayan egonya. Sebaliknya, dia berbangga dengan anda! Ini juga adalah antara ciri-ciri penting dalam seorang calon suami. Anda mungkin lebih berjaya berbanding dirinya dalam hal kerjaya.

    Gaji anda mungkin lebih tinggi daripada gajinya, namun ia tidak sekali-kali meragut keegoannya. Jika anda mendapati ciri ini ada dalam pasangan anda dan ingin mengetahui sama ada dia adalah jodoh anda atau tidak, ketahuilah bahawa pasangan yang sentiasa mahu lihat anda berjaya adalah pasangan yang bagus buat anda!

No posts to display