Entah Macam Mana Mereka Nampak Mirip, Walaupun Mereka Hidup Berbeza Beratus Tahun

- Iklan -

Ada antara kita yang cenderung untuk fikir bahawa selebriti adalah satu-satunya manusia yang memiliki daya tarikan yang tiada tandingan dan paras rupa yang tampan. Mereka adalah satu-satunya manusia di dunia ini dengan rupa paras yang kacak. Namun, tanggapan itu ternyata tidak benar sama sekali. Seperti yang akan kami kongsikan di dalam artikel ini, setiap bintang mega berikut mempunyai doppelgänger, atau pelanduk dua serupa, dari masa lalu. Malah, persamaannya adalah sangat luar biasa! Ia juga satu kejutan besar apabila pelanduk dua serupa mereka juga adalah seorang yang terkenal!

1. Matthew McConaughey

matthew mcconaughey
Sumber: PetsFanatic.com

Pelanduk dua serupa untuk pelakon Hollywood terkenal ini hidup pada tahun 1800-an. Wajah mereka kelihatan sangat mirip. Perbezaan utama antara mereka berdua ialah Matthew memandu kereta Lincoln, manakala pelanduk dua serupanya pula mengundi Lincoln dalam pilihan raya puluhan tahun dahulu. Dan jika anda bertanya kepada kami, Matthew pada zaman moden perlu tumbuhkan semula misai itu. Dia akan kelihatan lebih kacak. Mereka berdua memang kelihatan sangat sama!

2. Eddie Murphy

- Iklan -

eddie murphy
Sumber: PetsFanatic.com

Eddie Murphy tidak banyak muncul dalam filem sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mungkinkah ia kerana dia terlalu sibuk mengembara ke masa lalu untuk bertemu dengan kembar pelanduk dua serupanya? Gambar ini membuktikan yang itu satu kemungkinan. Kedua-dua lelaki ini boleh bertukar tempat dengan mudah dan tiada siapa yang dapat membezakan mereka. Mereka berdua juga berkongsi minat yang sama terhadap tali leher kupu-kupu!

- -

No posts to display