Minum Ini Sebelum Masuk Tidur Untuk Bakar Lemak Perut

- Iklan -

Ramai yang tidak tahu, tidur dan pengurusan berat badan adalah berkait secara langsung. Apabila anda menikmati tidur malam yang nyenyak, metabolisme anda dapat berfungsi dengan lebih cekap. Oleh itu, kita perlu cupa mendapatkan tidur yang cukup untuk mengekalkan berat badan yang sihat. Apabila disertakan dengan pemakanan yang sihat, ia menjadi lebih mudah dilaksanakan. Bahagian penting dalam mana-mana jenis diet adalah tidur malam yang berkualiti! Nasib baik, terdapat pelbagai jenis minuman atau “koktel” yang lazat yang boleh anda ambil sebelum tidur bagi membantu badan anda tidur dengan tenang sambil memproses pengambilan kalori anda pada hari itu. Berikut adalah senarai 16 minuman untuk turunkan berat badan yang kini menjadi kegemaran kami sebelum masuk tidur.

1/16 Teh Chamomile

minuman diet
Sumber: Medical News Today

Ratu kepada semua jenis minuman diet sebelum tidur adalah, tidak disangkal lagi, teh chamomile atau turut dikenali sebagai teh kamomil. Air emas herba ini sememangnya terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan yang ia berikan pada tubuh dan minda seseorang. Antara kebaikan teh chamomile adalah sifatnya yang mendorong tidur lena dan membantu penurunan berat badan. Menurut kajian, minuman ini mengandungi kandungan glisin yang bertindak sebagai penenang ringan dan juga boleh membantu dalam kawalan  gula atau glukosa dalam darah.

2/16 Kefir

- Iklan -

minuman kefir
Sumber: Healthline

Minuman sebelum tidur yang pekat dan berkrim ini mungkin tidak begitu menyelerakan kepada semua orang, tetapi ia bagus untuk usus anda! Adakah anda pernah dengar tentang minuman kefir? Kefir pada asasnya adalah susu yang ditapai dan ia sangat membantu meningkatkan bakteria sihat dalam usus. Ini akan meningkatkan penyerapan keseluruhan mineral dan vitamin dan meningkatkan kebolehan pencernaan badan. Ia juga membantu untuk memberikan kesan mengantuk dan menjadikannya minuman yang sesuai untuk mereka yang sukar untuk lena.

- -

No posts to display