- Iklan -
Daun salam, atau daun bay, semakin mendapat tempat di dalam masyarakat kita di Malaysia. Kini, ia mudah didapati di pasaraya dan sudah mula digunakan di dalam resepi hidangan. Sememangnya ia menjadi daun pilihan oleh mereka yang tinggal di luar negara. Daun salam mengandungi banyak nutrisi dan memberikan bau dan rasa yang menarik kepada hidangan yang dimasak. Malah, ia juga menjadi simbol istimewa bagi sesetengah komuniti. Sebagai contoh, daun bay digunakan untuk membuat mahkota, yang dipakai di kepala sebagai simbol kebesaran, kemuliaan dan pengiktirafan bakat.
Penambah aroma dalam makanan
Ramai orang gemar memasukkan daun salam ke dalam masakan mereka. Ia ditambah dalam pelbagai hidangan untuk memberikan aroma yang unik dan rasa yang menyegarkan. Daun rempah ini digunakan dalam bentuk daun keseluruhan dan juga dalam bentuk serbuk. Menurut mereka yang pakar memasak, daun salam harus ditambah ke dalam hidangan secara sederhana supaya ia tidak memberikan rasa pahit ke dalam makanan. Selepas selesai memasak, daun itu akan dikeluarkan dari hidangan.
Bersifat anti-radang
- Iklan -
Selain daripada memberikan rasa yang sedap ke dalam makanan, manfaat daun salam juga tidak berhenti di situ. Daun bay juga mempunyai kesan antiseptik, anti-radang dan juga bersifat analgesik. Oleh itu, ia sering digunakan dalam perubatan. Nutrien yang ada di dalam daun salam dapat meningkatkan imuniti badan kita, melawan virus, mengurangkan batuk dan menghilangkan nafas berbau. Dengan manfaat kesihatan yang ada pada daun salam, memang afdal untuk kita menyimpan daun ini di dapur rumah kita.
- -