Posisi Tidur Yang Terbaik Untuk Meningkatkan Kesihatan Anda

    posisi tidur terbaik
    Sumber: Pexels.com

    Kebanyakan daripada kita menghabiskan masa antara 6 dan 8 jam untuk tidur pada setiap malam, jadi sememangnya boleh difahami bagaimana posisi tidur kita dalam berbaring semasa tempoh ini boleh memberi kesan yang besar kepada kesihatan kita. Jadi yang manakah menjadi posisi yang terbaik untuk tidur dan yang mana satukah cara tidur yang perlu kita elakkan?

    Tidur menelangkup

    posisi tidur menelangkup
    Sumber: Pexels.com

    Percaya atau tidak, ini adalah posisi yang paling teruk untuk tidur. Berbaring dengan cara ini pada setiap malam boleh menyebabkan sakit-sakit badan dan sakit tulang belakang kerana badan anda tidak berada dalam kedudukan semula jadi. Tekanan akan dikenakan pada bahagian sendi dan otot anda.

    Dari segi kosmetik badan, tidur secara menelangkup boleh menyebabkan payudara anda kendur kerana tarikan graviti, dan ia juga tidak bagus apabila kedutan pada fabrik bantal akan memberikan kesan pada muka anda sepanjang malam. Satu-satunya faktor positif tentang tidur menelangkup adalah ia boleh mengurangkan dengkuran!

    Klik butang “Seterusnya” untuk membaca lebih lanjut.

    Tidur Secara Mengiring

    posisi tidur mengiring
    Sumber: Pexels.com

    Tidur secara mengiring merupakan posisi yang cukup baik dari segi kesihatan. Ia dapat mengekalkan keadaan tulang belakang anda supaya berada dalam kedudukan yang bagus dan dapat mengelak daripada sakit leher dan belakang, serta mengurangkan refluks asid. Posisi ini amat sesuai untuk wanita hamil kerana ia dapat meningkatkan aliran darah ke rahim, terutamanya jika anda mengiring di sebelah kiri anda. Namun, dari segi kosmetik, ia akan mengakibatkan penuaan kulit atau mengendurkan payudara!

    Klik butang “Seterusnya” untuk membaca lebih lanjut.

    Tidur dengan kaki berlipat

    posisi tidur kaki berlipat
    Sumber: Pexels.com

    Tidur dengan lutut dilipat ke atas sepanjang malam boleh memberi kesan buruk pada sendi anda – terutamanya jika anda pun sudah mengalami masalah sakit sendi atau sakit belakang. Posisi tidur seperti ini tidak digalakkan kerana ia akan menghalang saluran pernafasan anda. Posisi seperti ini boleh menyebabkan payudara menjadi kendur dan membuatkan wajah lebih cepat tua! Namun, tidur dalam posisi ini sangat sesuai buat mereka yang berdengkur.

    Klik butang “Seterusnya” untuk membaca lebih lanjut.

    Tidur Secara Menelentang

    posisi tidur menelentang
    Sumber: Pexels.com

    Kebanyakan orang lebih gemar untuk tidur dalam posisi ini. Ia membolehkan kepala, leher dan tulang belakang anda berada dalam posisi yang baik, dapat mengurangkan sakit sendi yang berpotensi untuk sakit otot. Ia juga boleh mengurangkan refluks asid dan membantu mengekalkan payudara kerana berat badan anda disokong sepenuhnya. Anda tidak perlu risau akan kedutan di wajah kerana posisi ini tidak akan memberikan kesan kedutan pada muka anda.

    Jadi, mana satu yang menjadi posisi tidur kegemaran anda? Kongsikan dengan kami!

     

No posts to display